Selamat datang ke Dar AlFalah

 

Selamat datang ke Dar AlFalah, kami merupakan pemborong keperluan haji dan umrah yang terletak di Johor Bahru. Dar AlFalah menitikberatkan beberapa elemen seperti menepati syariat, material berkualiti dan kekemasan dalam setiap barangan yang dihasilkan.

Berpegang pada prinsip kuantiti tidak membataskan kualiti, Dar AlFalah sentiasa melakukan penambahbaikan dalam setiap barangan yang dihasilkan.

Barangan-barangan yang ditawarkan di Dar AlFalah juga dijahit mengikut ukuran asia di mana kami melebihkan ukuran untuk keselesaan para jemaah di dalam beribadah.

Dar AlFalah  menawarkan barangan haji dan umrah di dalam bentuk set samada 1 set: 20 unit atau 15 unit mengikut saiz yang telah ditetapkan. Harga yang ditawarkan adalah harga borong maka harga borong tidak sewenang-wenangnya kami berikan kepada pelanggan runcit. Kami turut menawarkan potongan harga yang berbeza bagi pembelian RM 1000 ke atas.


Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi team Dar AlFalah. Kami sedia melayani anda ;)

No comments: